Sunday, May 6, 2012

Hari Hol Negeri Pahang...

Definisi Hari Hol Negeri Pahang



Salam semua mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui apa itu hari Cuti Hol Negeri Pahang yang disambut pada tanggal 7 Mei setiap tahun. Ianya merupakan cuti umum bagi Negeri Pahang sempena menyambut Hari Hol setiap tahun.
Kamus Dewan mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Dalam konteks ini, Hari Hol di Pahang merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja di negeri ini. Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang bermula tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, Sultan Abu Bakar iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah yang masih bertakhta pada hari ini. Serentak dengan hari pemakaman Sultan Abu Bakar itu, semua Jabatan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta diarah bercuti selama sehari.


Wassalam, Wa'allahhualam.


Salam hormat...




Sumber entry dari sini