Sunday, March 4, 2012

Melebar sayap....kata dikota..

Lama rasanya tak mem'blog'..
Nak kata sibuk..sibuk la jugak...
Nak kata tak cukup masa...ia jugak...
Tapi yang pastinya...aku dah tutup aku punya 'berukband'...
Line teruk sangat...nak buka satu gambar pun berjam-jam...
Jadi, kalau nak mem'blog' kat tempat kerja, memang la tak cukup masa..
Tambah pulak sejak kekurangan sorang staff ni...
Mr. Matthew a.k.a Ujang yang dah berhenti
kerja dan balik kekampung asalnya...Sarawak....


Geng-geng QC Department 2009..
Dari kiri: Azrin(X-boss..skang dah tukar department),Matthew Ujang anak Japok,
Shairul,Zamie dan Hafizun.
Lagi pun tak baik la curi masa kerja kan....nanti gaji tak berkat...
Barulah pening tak tau mana perginya duit gaji yang kita dapat...:-)

Nak menulis ni bagi aku kena cukup masa...
Bukan masa jer...kesihatan pun kena ambil kira juga..
Sejak dua tiga menjak ni (pinjam kata2 nabil) badan aku pun tak berapa nak sihat..
Semput tu dah tentu...selsema pulak..tambah pulak hujan dalam seminggu ni...
Pergi kerja kena hujan...balik kena lagi...
Bertambah-tambah la kurang sihat...

Bisnes nasi lemak macam biasa...
Cuma kadang-kadang dapat order dari luar..
Macam yang aku dapat dari BESI baru-baru ni...(Besi ni tempat kerja aku)
OK jugak...500 bungkus nasi lemak ayam berempah...(1s time aku buat ni)
Sempena jamuan Tahun Baru Cina..
Alhamdulillah...success...

Pastu ada jugak dari staff Airport (aku tak tau dia kerja bahagian mana..dia ni regular customer aku masa meniaga bawah payung)
Kemudian dari Shirley (dia ni pulak yang order untuk projek sepang dulu...baca sini)

Sejak meniaga nasi lemak ni macam-macam dugaan ada..
Nasi tak habis...(ok la..rezeki ada turun naik..)
Nasi basi...(ini yang kurang best..masak pukul 6 tak kan la pukul 8 dah basi..)
yang peliknya...cara masak hari-hari sama..
Siap ada SOP lagi (standard oreration procedure)
Mula la pikir macam-macam...aku ada jugak mintak tolong dengan Adam Vai..
Mana la tau ada MACAM-MACAM...Adam kata takde...nasib baik..
Tapi takpe la..rezeki masing-masing kan..

Dah terlanjur aku jumpa Adam..jadi terjoint la jugak dengan group paranormal 666
yang di ketuai olek saudara Mazidul Akmal (ala...orang TV3 tu..)
aku pun memang follower tetap blog diorang ni...
Terniatlah olah aku untuk menaja untuk projek diorang ni...
Nak bagi duit tak dapat..nak joint projek...hehe (aku ni jenis penyegan dengan menda-menda halus ni..)
Aku bincang dengan 'MEM', jadi kami sepakat untuk belanja nasi lemak bunjut kami...hahahah
Lepas la niat tu...
Kalau korang nak baca cerita lengkap, baca dalam blog penyingkap fakta ..

Terima kasih kepada Mazidul Akmal Sidik (kami panggil Bro..) kerana sudi
bagi kredit untuk sumbangan nasi lemak kami yang tak seberapa...
Semoga dapat bekerjasama lagi dilain kali...

Macam biasa lah..
kepada sesiapa yang nak order tu boleh hubungi
D'AI NOR nasi lemak :
Call/ Whatsapp 012 3843546 - Zamie