Friday, November 25, 2011

Terbang burung terbang...(up date..)

Esok 26hb november 2011...
Dua ekor 'burung dalam sangkar' anak2 kesayangan ku
akan kulepaskan...hehe
Ainul Aizat, 10 tahun & Ainul Aidil, 5 tahun...
Mungkin ada yang tertanya2 kenapa Aidil kecik lagi dah kena potong kan...
Bukan sebab Abang kena adik pun kena...
Tapi Adik kena sebab tu abang pun kena...pakej 2 in 1..hehe

Macam ni...
Abang Chik (Aidil) minggu lepas ada masalah dengan penis dia...
bengkak bernanah...
Sebelum ni pun pernah bengkak tapi takde la sampai bernanah...
Doktor cakap ada jangkitan kuman kat dalam tu...
korang tau la kan...
kalau tak potong memang la ada kotor dalam tu...
bertaik p...
So.. atas nasihat doktor, aku dinasihatkan supaya men'khatan'kannya
supaya masalah tu tak timbul lagi...
Itu la pasal jadi kena potong awal-awal...(baru 5 tahun)
Jadi, tak kan la adik potong, abangnya tak potong...
Lain citernya pulak kang...mau kena kutuk dengan adik si Along tu nanti..

Kepada Abang Long dengan Abang Chik....
Jangan korang buat hal esok sudah...
Tapi Baba tau korang berani...orang lelaki mesti kental kan...
Semoga segalanya berjalan lancar dan selamat esok...
KUURRRRRR...............

p/s
Along : 'berjahit kat kepala depan belakang pun along releks jer,
inikan pulak setakat potong ujung tu sikit.. apa ada hal...'
(ayat bongkak...)
Chik : 'kalau dah potong , jadi macam kakak la kan...'
(kecik lagi..tak paham mana yang nak di potong...)





Dah selamat....pose dengan gaya bongkaknya....hehehe..



cayalah anak-anakku....sekarang korang dah "BESAR"....


Kena ajar diorang makan apricot seed ni.....detail sini

Tuesday, October 11, 2011

Biji apricot (B17) Kisah benar...

Ingat lagi pasal cancer hati abah aku... mula di sini kemudian sini
macam-macam cara dah cuba...
lepas buat kimoterapi kali pertama,
last, dapat tau dari member kamcing zaman sekolah dulu
(Don balon-sembang berapi) ...
pasal biji ni...
Cari punya cari...jumpa..
abah aku cuba makan...dalam 6 minggu sebelum kimo kedua...
Alhamdulillah...kuasa Allah...
Lepas scan dan ujian darah... negatif...dah tak ada...
SYUKUR.....tuhan jer yang tahu perasaan aku...

Abah aku makin sihat sekarang...
Dah boleh bawa kereta dan dah ada bunyi nak menoreh balik...hehehe
Dah rasa segar la tu...
Masa dia sakit, pernah hilang berat sampai 24kg...
Sekarang cuma beza dalam 4~5kg dari berat asal...
Banyak perbezaannya tu...
Alhamdulillah...Syukur....

(up-date sikit..)
3hb Nov 2011 baru ni, Abah aku pegi check up lagi...
keputusannya amat mengembirakan kami...
Graf sakit abah turun gila-gila...ringkasnya...kanser tu dah tak ada...
Doktor Chua (doktor yang pantau sakit abah dari mula)
pun boleh senyum lebar tengok result tu...
Alhamdulillah...
Tapi tak boleh berhenti ambik ubat lagi...
masih nak kena pantau...
21hb ni kena datang buat CT Scan...
Pastu kena jumpa doktor Khalid (pakar yang rawat abah tu..)
Tengok apa kata dia pulak...

(up-date)
Lepas buat CT Scan....
Jumpa Dr.Khalid....jeng..jeng..jeng.....
Dr Khalid siap boleh shake hand lagi dengan abah...:-)
Confirm dah tak ada...doktor pun susah nak percaya...
Tapi, Inilah yang dikatakan kekuasaan Allah...
Segalanya mungkin...


Aku pun dah start amalkan makan biji apricot ni...
memang la pahit sikit...tapi untuk jaga kesihatan, "hadap jer la"...
Kepada yang tak tahan pahit tu, biji ni ada di jual dalam bentuk kapsul...tapi mahal la sikit...


Jadi, di sini aku kongsi kebaikan biji apricot ni...
Kalau nak jelas lagi...korang search jer kat google tu...



BUAH APRICOT.



BIJI APRICOT.




Kenapa perlu makan apricot seeds ?

Seperti kebanyakan kekacang dan biji, biji apricot adalah sangat berkhasiat. Salah satu nutrisi yang terkandung di dalamnya ialah amigdalin (B170). B17 terkandung di dalam beratus-ratus makanan, tetapi makanan yang kaya dengan amigdalin ini sudah tidak lagi termasuk di dalam pemakanan harian kita. Mereka yang masih mengamalkan pemakanan tradisional, didapati bebas dari penyakit kanser. Pemakanan tradisional ini kaya dengan nitriloside yang mengandungi amigdalin di dalamnya. Contoh makanan yang dimaksudkan ialah biji apricot pahit, badam yang pahit, biji apple, biji anggur, millet dan banyak lagi biji buah-buahan dan kekacang

Ia telah menjadi makanan kaum Hunza dipendalaman beratus-ratus tahun lamanya ynag dikatakan bebas dari kanser, sihat, lanjut usia sehingga lebih dari 120 tahun. Dikalangan masyarakat Cina di Negara China pula, biji apricot pahit telah kerap dan biasa digunakan dalam membantu mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma/lelah. Antara nutrient yang banyak terdapat pada biji apricot ialah enzin Amygdalin atau Laetrile atau juga sering disebut sebagai Vitamin B17. Tugas B17 ini hanyalah untuk memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui pembuangan air. Berdasarkan kepada buku “World without Cancer”, tulisan G.Edward Griffin, biji apricot mentah mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah yang lain. Vitamin B17 atau Laetrile mampu meningkatkan system imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu.

B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakanan kita hari ini di negara yang membangun telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit. Masyarakat Hunza di Pakistan sangat baik tahap kesihatan mereka, satu perkara biasa bagi mereka hidup sehingga 100 tahun, dan dikatakan juga sangat jarang dijumpai kes penyakit kanser dikalngan mereka ini. Salah satu factor utama kesihatan mereka adalah mereka minum air yang kaya dengan mineral dan tidak lupa juga amalan pengambilan makanan mereka. Salah satu makanan kegemaran dan keutamaan mereka ialah buah apricot. Mereka tidak hanya makan buahnya tetapi juga biji yang terdapat di dalm buahnya sekali. Dari bijinya, dihasilkan minyak untuk memasak dan juga losyen muka.

Berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, B17 atau amigdalin yang terdapt dalam biji apricot pahit mampu membantu di dalam pemulihan masalah system metabolic dan system tubuh badan yang berfungsi secara tidak formal.

Ianya, makanan tambahan yang sangat baik untuk semua. Dengan sering mengamalkannya dapat membantu anda mengawal beberapa penyakit kronik yang berbahaya dan mengawal masalah/penyakit berikut:

• Kanser
• Kencing manis
• Masalah jantung
• Gout
• Parkison
• Asma/Lelah
• Darah tinggi
• Kolestrol tinggi
• Berat badan berlebihan
• Kandungan gula dalam darah yang tiggi atau rendah
• Masalah mental dan ingatan yang lemah
• Batu karang
• Migrain
• Buasir
• Senggugut
• KLitaran haid yang tidak stabil/keputihan
• Sakit sendi
• Masalah kulit dan alahan
• Jerawat/tompok hitam
• Resdung
• Kulit yang kasar

Cadangan cara makan biji Apricot

• Bagi pesakit kanser.

6 kali sehari, selang 4 jam. Bermula dari pukul 4 pagi, 8 pagi, 12 tengahari, 4 petang, 8 malam dan 12 tengahmalam.
*Mulakan denagan memakan betik atau nanas 15~30 minit sebelum mengambil biji apricot untuk kesan yang lebih baik.Kuantiti yang perlu diambil : 15~20 biji x 6 kali = 90~120 biji sehari.



• Bagi pesakit biasa.

1~4 biji setiap 4 jam atau
5~13 biji pagi dan 5~13 biji malam. (2 kali sehari)



Cara makan : boleh di makan begitu sahaja atau boleh di blend dengan 1 gelas air kosong bersama salah satu buah-buahan samada epal hijau, anggur, pic dan lobak merah tanpa di buang bijinya.



Pantang yang perlu diikuti :

1) Jangan makan nasi sebelum pukul 12 tengahari.
2) Mulakan mengambil biji apricot dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Jika badan terasa ok, tambahkan dos sehingga jumlah yang disarankan.
3) Elakkan makan makanan yang tiggi protein seperti daging lembu dan ayam, makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang kerana sel kanser akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6 pH ~ 5.5 pH.
4) Elak minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna.

Perlu diamalkan :

1) Minum air masak sekurang-kurangnya 2~3 liter sehari. Jika lebih, lagi baik untuk tujuan penyinkiran toksin dalam badan.
2) Amalkan mengambil lebih sayuran dan buah-buahan kerana ini dapat membekal vitamin kepada badan.
3) Memakan makanan yang mengandungi B17 seperti brokoli, asparagus, beets (tumbuhan yang akarnya manis), kobis, lobak merah, bunga kobis, celery, timun, lemon hijau dan kuning.
4) Amalkan memakan kacang hijau, kacang merah, kacang buncis, lada hitam (yang muda), bayam, biji sawi, salad, bendi, daun parsley, sengkuang cina, tauge, bawang putih dan bawang merah.


*** Simpan biji apricot didalam peti sejuk selepas dibuka bagi ia tahan lama dan mengelakkannya berbubuk.

Kepada pengidap penyakit kanser lebih bagus jika di amalkan bersama pengambilan jus delima.
Maklumat lanjut klik sini

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Hari ni hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti untuk berhari raya...
kepada kawan-kawan bloger...
"SELAMAT HARI RAYA"...
maaf zahir dan batin (ada ke..?)
Semoga bertemu kembali selepas hari raya...(sempat ke..?)
Berhati-hati di jalan raya...(kalau nak jumpa lepas raya..)

SELAMAT BERCUTI....

Pergi ke kedai membeli ikan patin..
Selamat hari raya,maaf zahir batin..

Pergi ke kedai membeli oat..
Jangan kelam-kabut..

Pergi ke kedai membeli maggi..
Lepas raya jumpa lagi..

Pergi ke kedai mebeli kelapa...
aku lupa nak beli apa...

Pergi ke kedai......
Duit dah habis...
lain kali la...



ADIOS...

Friday, August 12, 2011

Boss oh Boss...

Bulan ini aku dapat lagi sorang boss baru....
Sepanjang hampir sepuluh tahun aku berkerja kat sini,
aku dah pernah berkhidmat dengan 5 orang boss...semuanya melayu...
Diorang ni semua memang staff lama dan banyak pengalaman...
Cuma di 'up grade' jadi boss...
maksudnya, yang baru ni adalah yang ke 6, tapi boleh dikatakan sejarahlah....
satu-satunya chinese... pastu new candidate pulak tu...
Apa pun tak tau pasal kerja kita orang...
Kita orang yang kena buat kerja ni pun pening...
Macamana la boleh dapat masuk kerja kat sini pun aku tak tau...
Seingat aku, masa aku interview dulu..
Besar punya drawing diorang bagi aku...
tanya macam-macam...
Dari mende-mende dalam drawing sampailah ke material nak buat mende tu...
Ini, lagi sekali..."apa pun tak boleh..."
Pening-pening...
Nak buat macamana...
Kitakan mentimun.............hadap je la zam oiii.....



Monday, June 20, 2011

Nasi lemak daun pisang - Sepang GT

Alhamdulillah....
1st time aku dapat projek besar...
1200pcs untuk 2 hari...
Order untuk Sepang GT Japan..!!



Aku dapat projek ni dari regular customer aku kat bawah payung...
Biasanya minah ni datang tiap-tiap pagi beli 4~5 bungkus...
1 hari dia tanya wife aku pasal projek ni..
3 minggu dari tarikh projek..

Aku ON je..
Maknanya sempat la aku nak stanby apa-apa yang patut...
Cari alat-alat mana yang tak cukup..
Mana tau nak cari pembantu ke..(memang kena pun..)
mula-mula 1000 je...
Pastu dalam seminggu lagi dia tambah lagi jadi 1200...



Kompom kena cari pembantu ni...
Cuba call ipar-duai...
C-deq , adik imah , adik ija...
C-deq ok... adik imah ok.. adik ija tak dapat sebab kena jaga abah...
Last minit mak pekan nak datang sekali...
boleh la minta tolong sikit...tolong goreng-goreng telur..heheheh
bukan tolong saja...aku bayar la upah...



Adik imah datang hari ahad...seminggu awal...
Pastu hari khamis aku amek mak kat temerloh..
Ngah yang tolong hantar separuh jalan..
So, hari jumaat kita orang dah start...
kertas, daun, sambal semua nak kena stanby..



Hari sabtu diorang amek 300pcs...
Tak ada masalah...
Cabarannya bermula hari ahad...
Pagi, sebelum pukul 7 diorang nak amek 200pcs dulu..
settle...
balance lagi 700pcs...
inilah cabaran sebenar...
sebelum pukul 10 nak siap...
pulun punya pulun...sampai nak uk..uk..pun tak sempat...
sarapan pun sambil bungkus nasi...tangan kene gerak...

Alhamdulillah....
Segalanya berjalan lancar...
Siap seperti yang dijanjikan...



Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada yang membantu
menjayakan projek ni...
Terutamanya pada adir ipar Nasrul Siddiq dan Nurul Rahimah..
mak mertua Puan Norliah Adam dan tak terlupa pada yang tersayang...
Puan Norrul Salmizati...U r the best...

Kalau teringin nak merasa anda boleh ke R&R Jejantas Sg.Buloh.
Nasi Lemak D AI NOR berada di Amal Serbanika.



Nasi lemak kami juga berada di :
-Petron (arah selatan R&R Jejantas Sg.Buloh).
-Petronas Kota Damansara - Berhadapan Tropicana Medical Center.

Untuk tempahan boleh hubungi kami:
Call / whatsapp
012-3843546 / Zamie





Monday, June 6, 2011

Abah dan Liver cancernya....




Lidah terkelu...terkedu...
Result pada 30hb Mei...
Liver cancer advance stage...
9hb Jun nanti kena double confirm lagi...
Kemudian baru boleh merancang sesuatu..

Tarikh yang hampir sama...
25hb Mei 2010,
Arwah Aboh mula-mula masuk wad tahun lepas...
Kini sejarah berulang...

Ya Allah...Sihatkanlah Abahku...
panjangkanlah umur Abahku Ya Allah...
berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaanMu Ya Allah...
Amin...

Tuesday, May 31, 2011

anniversary ke 11.....

27hb mei..
Tahun lepas yang ke 10 kantoi tak dapat pegi mana-mana...
Nak buat macam mana...kene balik kampung...
arwah aboh eksiden 2 hari sebelum aku pergi jalan-jalan...
burn aku punya deposite...

Tahun ni macam mana la agaknya...
aku tak ada plan mana-mana lagi..
Takut kantoi lagi...
Aku memang dari dulu-dulu lagi..
kalau plan awal-awal, mesti kantoi..
Jadi, tahun aku tak ada plan lagi..
Kalau jadi terus pergi jer...

hehehehe...
mana la aku nak pergi ni...
kesian sayang aku..
sejak kahwin aku tak pernah bawa pergi mana-mana lagi...
kadang-kadang malu gak kalau kawan-kawan tau..
Tapi, apa nak kisah..
Aku sibuk...
Sen pun tak pernah cukup..
Cuma 2-3 tahun ni jer ada sikit kelapangan...
Tengok la...
Kalau ada rezeki ada la...
"Ayang...nanti kita jalan-jalan ek..."

Tuesday, May 10, 2011

PENGHUJUNG JALAN...?????

kepala selalu sakit....
cuaca...
hidung selalu sumbat,kekadang meleleh jer macam susu getah...
cuaca...
batuk sampai tegang otot perut...
cuaca...
mata berair...
cuaca...
semput kekadang datang balik...
cuaca...
pinggang aku makin sakit...
cuaca..????

kekadang aku malas dah nak pergi klinik...makan ubat...
bior jer...tp tak tahan la pulok...
apa nak jadi ni...
Dalam sebulan boleh dikira berapa hari aku bebetul sihat...

Astaghfirullahalazim ...
apa nak jadi ni...mengeluh jer...
tak percaya pada Qada' dan QadarNya ker...
Panah di petir baru tahu...

mungkin ada hikmah disebalik ujianNya...
Allahuakbar....!!!

Friday, April 29, 2011

Abah dan Hepatitisnya

19hb April 2011...

Hepatitis B virus


Hari yang bersejarah bagi abahku....
Sejak dilahirkan 61 tahun dahulu (1950),
belum pernah abah mendiami bilik yang dinamakan WAD....
Hari ini,Selasa 19hb April 2011,
kami adik beradik dikejutkan dengan berita kurang menyenangkan...
"Abah masuk wad..."

Tapi yang menariknya...seperti selalu..
Apabila ada berita seperti ini dari saudara-mara yang lain..
Abahlah yang selalu memanjangkannya...
Kali ini,
Abah jugalah yang menyampaikan berita itu(khabar diri sendiri)kepada kami...
Habis semua adik beradik dia di"calling-calling"nya sendiri..
Kebiasaannya abah berulang-alik ke hospital untuk bawa mak...
Mak dengan masalah biasa 2 serangkainya...darah tinggi & kencing manis..
Tapi kali ini,Abah yang masuk wad...
1 kejutan...mata dan badan abah kuning...air kencing dah macam air teh'O'...

Seperti biasa, bila Abah sakit...
Dia akan pergi ke klinik swasta...
Abah tak suka menunggu lama...masalah biasa kat hospital kerajaan...
Dia sanggup membayar lebih untuk servis yang lebih cepat...
(takut masuk wad pun ye juga...)
Kali ini dia mengalah...
Doktor dari klinik swasta pun terpaksa merujuk kes abah ke hospital...
Selepas keputusan ujian darah di keluarkan...positif..
Abah demam kuning (masalah hati...mungkin ada jangkitan kuman..viral hepatitis)
Jadi abah terpaksa di masukkan ke wad...
Hospital Jengka...

Kami adik beradik pakat-pakat nak balik ke kampung hari ni juga...
Satu kereta,kembara akak...
Isteri dan anak-anak aku terpaksa ditinggalkan dulu...
Akak gerak dari office ambik aku kat rumah..ini plan asal...
Malang bertimpa...Nouvo aku belting putus tengah jalan...
tengah-tengah KESAS...ini dah kali kedua..
(nasihat aku pada yang pakai nouvo tu jaga-jagalah....
jangan selalu jalan long distance)..
Bertolak aku sampai kat simpang SUMMIT...
Akak tunggu aku kat situ...
Aku call officemate aku Habib..."Bib,tolong amek motor aku.."
Habib datang dengan Izzuan...tolak motor balik tempat kerja...
Settle satu masalah...

Berbalik kepada cerita abah...
Lepas akak amek aku, kita orang gerak amek Alang pulak...
Alang tunggu kat office boss dia...Sri Hartamas...
Adik pun nak balik juga...Kawan akak tolong amek kat tempat training adik...
Kebetulan office kawan akak tu dekat dengan tempat adik...
Janji jumpa kat tol gombak...
12.30pm..Sampai gombak,kawan akak nak ikut...so kita gerak sekali..

2.30pm..Sampai kat hospital..
Waktu melawat 4.00~7.00pm..
Aku redah masuk jer...
Abah senyum...mak macam biasa,mata merah...
Sedih tengok anak-anak balik...
"amacam Bah...best ke duduk wad...?" aku cuba buat lawak...
Puncanya malas nak menunggu untuk check-up bulanan...
Biasa la..Poliklinik kerajaan...sekali rawatan kene tunggu 2~3 jam...
Abah aku memang pantang bab menunggu-nunggu ni..
Tengok apa dah jadi...malas nak tunngu 2~3 jam punya pasal...
Kene duduk wad 2~3 hari belum tentu...mungkin 1 minggu...
Senyum jer Abah dengor aku membebel...hehehehe..bukan selalu aku dapat bagi
ceramah kat abah...tak kene marah pulak tu...

Lepas tengok report darah abah, tengok apa masalah..
Positive Hepatitis B....
Agak-agak line dah clear, aku gerak balik...naik bas pukul 7.00pm...
Alang dengan akak tak balik...diorang cuti sampai jumaat...jaga abah..
Satu lagi sejarah...
last aku naik bas masa anak aku nombor 2 (anis) umur 2 tahun..
Skang ni anis dah 9 tahun...7 tahun dah aku tak pernah naik bas...
Naik jer bas aku pejam mata cari idea macam mana nak settle masalah abah...
Pejam..terus pejam...dalam 3jam baru sampai KL...
Tidur je dulu...
zz.zz.zzz.zzzzzzzz

Monday, April 11, 2011

ERMMMHHH.....ARGHHHHHH.....

Semputku datang lagi....
2~3 hari lepas...

Selsema dah nak masuk 2 minggu...
Datang pulak batuk...
Kalau tak baik jugak 2~3 hari lagi...
Mesti semput (lelah) aku datang balik...

KOMPOM....
Dia dah datang...
Batuk tak lepas..
Nafas tak sampai..
Dada berdebar-debar...
Dah 2 kali aku pergi klinik ambik gas (immobilizer)..

Hari ni...
macam kene pergi ambik lagi jer...
Batuk semacam...
Nafas turun naik...
Duduk tak kena..
Berdiri tak kena..
Buat keje lagi tak kena...
Kejap lagi aku nak pegi klinik..
Kalau ok aku sambung keje balik..
Kalau tak...aku... BALIKKKKKK.....

Friday, February 11, 2011

Nasi lemak... Untung sabut timbul part 2



Satu hari ada berita tergempar...
BESI nak buka kios ala-ala kantin pulak kat pentri..
Haru-biru....kira tutup lubang ni..
Macam mana ni...???
Dalam 2 minggu orang kantin tu (Kak Ros) meniaga...
Orang ramai komplen nasi lemak dia tak best...
Aku dapat tau dia pun ambik nasi lemak bungkus tu dari orang lain...
hehehehe....Boleh cucuk jarum ni...
Aku try tanya....
Kebetulan pulak orang sama negeri pulak...
Kak Ros husband dia orang Kg Jawa,Kuantan...
Dia on jer...Esoknya aku start supply nasi lemak aku...
Dia minta 50 bungkus dulu...clear..
Esoknya dia up lagi 65 bungkus...pun sama...clear..
Begitulah seterusnya...


Tiap pagi...
bungkus..bungkus..bungkus...
Tiba-tiba..
Orang kantin BESI (Kak Ros) dah tukar..
Alamek...
Tukar orang baru dah ada jual nasi pulak...
Kira tutup lubang lagi ni...
Nasib baik kak Ros ada bukak gerai kat Karnival Negeri Selangor..
Kat Parkir Stadium Shah Alam..
Dapat jugak aku supply nasi untuk 2 minggu...
Sekali hantar 80 bungkus..
Lepas la....

Kene tukar strategi ...
Bukak payung...
Try bukak dulu...
Tepi jalan besar Kg.Melayu-Sg.Buloh...
Boleh tahan 2 hari jer..
Tak habis berlambak-lambak..
Tukar Port..
Kat kawasan industri Kota Damansara...
Boleh la...
1 hari dapat jual 30-40 bungkus..
Sambil tu try survey kalau-kalau boleh hantar mana-mana..
Try tanya kat Petronas pump..
Dapat...tapi tak banyak...20 bungkus...Isnin-Sabtu...
7-11...leceh..kene pegi tanya kat opis besar plak...Jalan Imbi...
ermmmm....

kat tempat keje...
Office-mate baru aku...Fikrie..
"mak aku anto kat R&R...try la tanya..."
Betul juga...ko memang bagi idea yang best...
Rumah aku kan ke dekat dengan R&R (restoran jejantas Sg. Buluh)
6:30 pagi...aku ngan wife try pergi tengok..
kecewa...banyak gila nasi yang orang dah hantar...
8:30 malam...sama juga..tapi aku suruh jugak wife aku tanya...
Mana tau ada rezeki...
Budak-budak tu suruh datang pagi...dalam pukul 6:00 bos diorang baru ada...
esok repeat lagi...6:30 pagi...
tokey kedai (Hj) “sedap ke…??”
wife aku.. “Try la dulu..ada bawa semple..”
Hj “ermmmh….(lepas makan) nanti saya call awak..ejas mana tau boleh masuk ”

3 hari lepas tu…
Anak Hj call…boleh masuk 2 shif…
pukul 5:30-6:30 dengan 1:00-2:00
Hantar dalam 50-80 bungkus..suka hati la…
Isnin-Sabtu…
Alhamdulillah….ada jugak rezeki anak-anak aku… +



Jejantas 150-170 bungkus…
Petronas 20 ~ 25 bungkus..
Payung 50-80 bungkus…
Aku bawa pegi keje 20 bungkus…(pasaran gelap..hehehe)
Orang order 50-150 bungkus dalam seminggu..

Pastu yang terkini, Airport Subang (complex) ..
1St day dia sapu semua stock kat bawah payung aku…dalam 40 bungkus..
2nd day dia order lagi 60 bungkus…
3rd day 80 bungkus…
Esok lusa, aku belum tau berapa…

Oit, lupa pulak…
Pada sapa-sapa yang nak rasa atau order tu boleh la calling-calling aku…
Kalau nak order boleh guna no h/p ni…012-3843546
Atau kalu nak rasa tu boleh cari kat Petronas kota damansara (yang ada A&W @ maybank- dekat dengan pusat perubatan Tropicana @ SEGI kolej…)
Pada yang selalu guna highway NKVE, boleh singgah kat restoran jejantas Sungai Buloh , cuba singgah kat kedai P’AMAL SERBANEKA…

Selamat mencuba…


ALHAMDULILLAH…
Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan kejayaan aku…


Tarikh keramat...29 Disember 2010.
Lahirnya D AI NOR Enterprise. (D'AI-NOR)
Hehehe…aku dah ada lesen…
Kene cuba-cuba cari kedai la pulak…
Paling koman pun aku nak cari lori yang boleh bawak niaga tu…
Boleh cari luas sikit kawasan jajahan…hehehe
Semoga segala yang aku lakukan di berkati Allah…Amin…

lagi berita di sini dan sini